Wednesday, February 6, 2013

Memahami Hadis "Kullu Bid'atin Dholalah" Secara Ilmiah.

كل بدعة ضلالة

"Setiap Bidaah Itu Sesat"

Sebahagian orang selalu berhujjah dengan hadis di atas untuk mengatakan bahawa setiap perkara baru adalah bid'ah dhalalah (sesat). Pendapat sebegini boleh mengelirukan masyarakat awam yang tidak didedahkan dengan cara beristidlal (mengeluarkan dalil) dalam masalah agama. Tulisan kali ini mengajak pembaca memahami hadis ini mengikut huraian fuqaha melalui ilmu Usul al-Fiqh, Mantik dan Balaghah.

Memahami Melalui Ilmu Usul al-Fiqh

Dalam kaedah Usul al-Fiqh, hadis ini termasuk di dalam kaedah :

العموم بمعنى الخصوص

"Umum dengan (membawa) makna yang khusus".

Maksudnya, perkataan bidaah (perkara baru) dalam hadis ini, adalah. Ia hendaklah dikhususkan kepada bidaah (perkara baru) yang bertentangan dengan empat sumber iaitu al-Quran, al-Sunnah, Athar Sahabat dan Ijmak. Bidaah yang bertentangan dengan empat sumber hukum ini disebut Bidaah Dhalalah (sesat). Jika ia tidak bertentangan dengan empat sumber hukum ini, maka ia disebut Bid'ah Hasanah (baik).

Memahami Melalui Ilmu Mantik.

Di dalam ilmu Mantik, perkataan "kullu" ( كل ) terbahagi kepada dua iaitu :

  1. Kullu Majmuk ( كل مجمع  ) : iaitu Kullu yang bererti sebahagian atau sekumpulan.
  2. Kullu Jamek (  كل جامع) : iaitu Kullu yang bererti, semua, setiap atau keseluruhan.
Dalam konteks hadis di atas, ia hendaklah difahami dengan "Sebahagian bidaah adalah sesat". Bidaah yang sesat inilah yang disebut dengan Bid'ah Dholalah. Bukti adanaya Kullu Majmuk dalam al-Quran dan al-Hadis ialah :

تُدَمِّرُ كُل شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَىٰ إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ

"Yang menghancurkan segala (sebahagian) sesuatu dengan perintah Tuhannya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka". (Al-Ahqaf : 25).

Walaupun banjir besar yang berlaku pada zaman Nabi Nuh memusnahkan banyak benda, tetapi bukit-bukau, langit dan bumi tidak dibinasakan.

كل ابن يأكله التراب الا عجب الذنب

"Setiap anak Adam akan dimakan bumi kecuali tulang sulbi (a'jbal zanab)". (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Malik, Ahmad, Abu Daud an-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Keterangan hadis ini seolah-olah memberi gambaran bahawa semua jasad manusia yang meninggal dunia akan dimakan bumi, tetapi hadis lain yang menyatkaan bahawa jasad para nabi dan para syuhada' tidak dimakan bumi.

Memahami Melalui Balaghah.

Menurut ilmu Balaghah, "Setiap benda mesti mempunyai sifat". Adalah mustahil jika satu benda, mempunyai dua sifat yang bertentangan. Berkenaan hadis, "Setiap bid'ah itu sesat dan setiap sesat itu di dalam neraka". Mengikut ilmu Balaghah, bid'ah adalah benda. Dalam hadis di atas, sifat bagi bid'ah tidak disebutkan. Jika ingin ditulis sifat bid'ah, ia membawa kemungkinan :

1) Sifat Bid'ah itu baik, maka ia akan menjadi :

كل بدعة حسنة ضلالة، وكل ضلالة في النار

"Setiap bid'ah yang baik itu sesat dan setiap kesesatan itu di dalam neraka".

Perkara ini adalah mustahil kerana sifat baik dan sesat tidak boleh berkumpul dalam satu benda dan pada waktu dan tempat yang sama.

2) Jika sifat bid'ah itu tidak baik (keji), maka ia akan menjadi :

كل بدعة سيئة ضلالة، وكل ضلالة في النار

"Setiap bid'ah yang keji itu sesat dan setiap kesesatan itu di dalam neraka"

Perkara ini boleh diterima kerana sifat baik dan sesat tidak boleh berkumpul dalam satu benda dan dalam waktu dan tempat yang sama. Jadi kenyataan "setiap bid'ah yang keji itu sesat" boleh diterima.

Hadis Lain Yang Mentakhsiskan (Mengkhususkan) Keumuman Hadis Ini.

1 - "Sesiapa yang mengadakan sesuatu bid'ah dhalalah (sesat) yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya, maka ke atas dosanya seperti dosa orang yang mengamalkannya dengan tidak dikurangi sedikit pun daripada dosa mereka itu". (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Imam Ibnu Majah).

Keterangan :

Dalam hadis ini, perkataan "bid'ah" secara jelas ditaqyidkan (diikatkan) dengna sifatnya yang dhalalah (sesat), yang tidak diredhai Allah dan Rasul-Nya.

2 - "Sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah (perkara baru) yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya, maka untuknya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun daripada pahala orang yang mengerjakan itu. Dan sesiapa yang mengadakan di dalam Islam sunnah (perkara baru) yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, maka baginya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dari dosa orang yang mengerjakan itu. (Riwayat Imam Muslim).

Keteragan :

Mewujudkan perkara baru yang baik (Bid'ah Hasanah) akan diberi pahala, manakala mewujudkan perkara baru yang tidak baik (Bid'ah Dhalalah) akan mendapat dosa.

3 - "Sesiapa yang membuat sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya (agama), maka ia tertolak. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Keterangan.

i) Manthuq al-Hadis (maksud tersurat) :

"Membuat sesuatu yang baru yang bukan daripada agama (iaitu yang bercanggah dengan al-Quran, Hadis Athar dan Ijmak), maka ia tertolak". Inilah namanya Bid'ah Dhalalah.

ii) Mafhum Mukhalafah (maksud tersirat)

"Mengadakan sesuatu yang baru, yang datang daripada agama (iaitu yang ada dalil umum dari atau tidak bercanggah dengan empat sumber itu), maka ia tidak tertolak". Inilah namanya Bid'ah Hasanah.

Kesimpulan.

Para fuqaha' sangat teliti dalam menghukumkan sesuatu perkara baru yang tidak pada zaman Nabi. Menghukumkan secara mutlak dengan bid'ah dholalah (sesat) adalah sangat jauh daripada kebenaran. Ini kerana bid'ah dholalah akan membawa pelakunya kepada neraka. Na'uzubillah.

Hadis yang berkaitan dengan bid'ah di atas hendaklah difahami sedalam-dalamnya. Oleh itulah para fuqaha' (semoga Allah membalas mereka dengan ganjaran yang sempurna), menjelaskannya melalui ilmu Usul al-Fiqh, ilmu Mantik dan ilmu Balaghah, agar hadis ini difahami dengan tahqiq (benar).

(Lihat Huraian lebih lanjut tentang tajuk ini di dlaam buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama', Muhadir Haji Joll, Selangor: Mawleed Publishing, Cetakan Pertama Januari 2011, m/s28-28).

Ambilan dari Majalah Q&A, isu no. 5, m/s 45-46, penulis oleh Ustaz Muhadir Haji Joll, cetakan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

11 comments:

  1. Terima kasih, sgt berguna.

    Menghukumi sesuatu dgn gegabah, dengan neraka apalagi, adl hal tidak terpuji.

    ReplyDelete
  2. benar kah BID'AH ada 2
    1. bid'ah hasanah (bid'ah baik)
    2. bid'ah sayyi‘ah (bid'ah buruk)
    that bullsit you know....

    mendingan ente belajar lagi deh apa itu BID'AH benar enggak ada 2.Padahal nabi muhammad berkali-kali bilang baik pada sahabat maupun umatnya baik itu dalam khutbah JUM'AT ataupun yang lainnya bahwa bid'ah sesat...
    kalau memang benar kullu dalam arti majemuk artinya sekumpulan. tolong artikan "kullu nafsin dzaaiqotul maut".Wahai engkau pecinta BID'AH,KHURAFAT DAN TAHAYUL....padahal allah berfirman dalam surat Q.S YUSUF SURAH 12 AYAT KE 40 yang kurang lebih artinya:
    "Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"

    WASSALAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatlah ketika kaum wahabi membantai dan mengejar2 para habaib dulu sejak yazid berkuasa sampai pendudukan/kudeta kota mekah dizaman syarif berkuasa sampai saat ini mereka benci banget ama yang namanya habaib.

      Delete
  3. jikalau ada orang bilang kenapa kau bilang bahwa BID'AH itu sesat....memang demikian adanya(sesuai yang aku sampaikan....masih kurang...?) lagi pula BID'AH dekat dengan kaum ajaran/sekte/agama SYI'AH...kalau anda tanya kenapa engkau benci SYI'AH....
    1. SYI'AH bukan ISLAM (ngakunya ISLAM padahal bukan....dia hanya ber-TALQIYYAH)
    2. karna SYI'AH itu musuhnya muslim (ahlul sunah)
    3. karna SYI'AH itu melaknat sahabat nabi bahkan istri nabi (AISYAH)
    4. DAN KEBURUKAN LAINNYA DARI KAUM AJARAN/SEKTE/AGAMA SYI'AH

    WASSALAM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALQUR'AN dulu gak ditulis juga bid'ah.
      PKS, HIBUTAHRIR, MUHAMADIAH GAK ADA bid'ah juga tuh.
      maulid nabi yang jelas2 didalamnya mengingat Alloh dan Rasulnya dibilang bid'ah kenapa ente milad PKS gede2 itu jelas sama aja bid'ah gede2an.......

      Delete
    2. sy sepakat dengan artikel diatas juga dg sepakat dg anda pak Dedi, tapi sebaiknya berdebat itu dg cara yg santun dan proporsional. kenapa anda tiba2 mengambil contoh subyektif yg sangat berpeluang menciptakan konflik diluar pokok bahasan. prinsip aswaja adalah wasathiyah, tawazun, i'tidal dan tasamuh. ishbir..ishbir...istighfar...kebenarantidak akan berubah walau seluruh manusia berusaha merubahnya...

      Delete
  4. "Yang menghancurkan segala SESUATU dengan perintah Tuhannya..."
    - Ayat mutasyabihat. "Sesuatu" boleh membawa maksud sekumpulan makhluk / manusia itu sahaja. Wallahuálam.

    "Setiap anak Adam akan DIMAKAN bumi kecuali tulang sulbi..."
    - "Dimakan bumi" boleh membawa maksud "ditelan / tertanam di dalam bumi", tidak bermaksud "hancur". Wallahuálam.

    "SETIAP bid'ah itu sesat dan SETIAP sesat itu di dalam neraka"
    - Jika "setiap" itu dianggap "sebahagian", maka ianya akan menjadi "Sebahagian bid'ah itu sesat dan sebahagian sesat itu di dalam neraka". Jika sebahagian sesat itu di dalam neraka, maka adakah "sebahagian" yang sesat itu dalam syurga? Fikir-fikirkanlah saudara... Wallahuálam.

    ReplyDelete
  5. Salam santun wahai fitrah abdul malik... sudah jelas ditulis tu "Kullu" ada dua makna yakni "seluruh/semua" atau "sebahagian".. sila cemati baik2 yaa

    ReplyDelete
  6. Salam santun Hariz, coba perhatikan jawapan anda yang pertama dan ketiga.. kelihatan saling bertentangan. Anda berkata sebahagian pada yang pertama dan mahu berkata seluruh pada yang ketiga. Mohon semak baik2 yaa..

    Dan yang kedua ia tetap tidak mengubah apa yang kami perkatakan. Sekian.

    ReplyDelete
  7. SALAM alaykum,

    Sekadar berkata ini adalah permasalahan yg timbul lantaran dari terjemahan yg tidak tepat dari arab ke melayu. Akan perkara ini sudah maklum seperti halnya AL~RAHMAN sering di terjemah sebagai Maha Pemurah sedangkn yg tepat Maha Pemurah itu adalah AL~KAREEM dan AL~RAHMAN itu sa nya adalah Maha Pengasih.

    Dalam kes ini sehendaknya penterjemah menggunakan kalam sebahagian, bukan setiap, utk memastikan ketepatan pemahaman.

    Kerana itulah kita dianjurkan belajar bahasa agama kita yakni Arab. Supaya memahami akan kita segala yg dimaksudkn.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  8. SALAM alaykum,

    Seandainya benar kalam kullu didalam hadith tersebut adalah kullu majmuk..mengapa tidak perkataan بِبَعْضٍ digunakan? yang jelas membawa maksud sebahagian? seperti maksud firman ALLAH dlm Surah Al-Baqarah: 85

    Sekadar pertanyaan kerana sya sendiri masih bingung.

    Terima Kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nota : Aku cumalah menyampaikan sahaja dan barangsiapa tiada merasakan diriku tiada sealiran denganmu maka tinggalkanlah tempat ini serta usah menghidupkan provokasi yang tidak membawa apa-apa kebaikan pun dengan membibitkan komen-komen atau kritikan yang tidak berilmiah lagi membina.