Wednesday, February 13, 2013

Cabaran Syiah Di Malaysia.

Ahli Sunnah Wal Jama'ah di Malaysia berhadapan dengan beberapa cabaran fahaman, aliran dan puak yang bertentangan dengan pegangannya. Ini boleh menimbulkan perpecahan dan pergaduhan sesama umat Islam yang bakal membawa kepada kelemahan dan kehancuran ummah. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah kebangkitan Syiah. Kebangkitan Syiah ini berjaya menubuhkan sebuah negara di Iran merupakan ancaman besar kepada Ahli Sunnah di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Bahaya Ancaman Syiah.

Umat Islam daripada kalangan Ahli Sunnah tidak seharusnya melupakan sejarah penaklukan Iran oleh Kerajaan Safawiyyah di bawah pimpinan Shah Ismail SAfawi (907 H/1501). Ini kerana pada ketika itu majoriti penduduk Iran berpegang pada Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Sebaik sahaja beroleh kuasam Shah Ismail mula menyebarkan fahaman Syiah. Apabila dinasihat supaya tidak berbuat demikian kerana majoriti penduduk Iran bermazhab Syafi'i, Shah Ismail menolak dan dengan tegas menyatakan, "Jika ada rakyat yang membantah, saya akan hunuskan pedang, dan tidak akan membiarkan sesiapa pun hidup".

Beliau mengotakan kata-katanya dengan membunuh lebih sejuta pengikut Ahli Sunnah yang enggan menganut Syiah dalam masa beberapa tahun. Ketika berjaya menakluk Baghdad pad atahun 914 H, Shah Ismail memerintahkan supaya ulama'-ulama' Ahli Sunnah dibunuh dan masjid-masjid serta madarasah-madarasah milih Ahli Sunnah dirobohkan. Dalam Risalah yang berjudul Syiah Imam Dua Belas : Penyelewengannya Dari Jalan Ahli Sunnah Wal Jama'ah terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, saya (Datuk Hj. Wan Zahidi Wan Teh) menyatakan :

"Peristiwa-peristiwa sejarah masa silam dan realiti masa kini memperlihatkan kepada kita bahawa permusuhan, persengketaan dan pertumpahan darah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan di kalangan Ahli Sunnah. Ini ialah kerana unsur-unsur tersebut telah diadun dan dicanai dengan begitu rapi sekali sehingga ia menjadi sebati dan tidak mungkin dapat dipisahkan lagi".

Dr. Nasir bin Abdullah bin Ali al-Qitari dalam tesis Ph.D beliau, antara menyimpulkan, "Tentang kesan mereka (syiah) di dunia Islam ternyata mereka meninggalkan kesan pemikiran yang berbahaya dalam menyebarkan syirik di kalangan umat Muhammad SAW dan menyekat jalan ke agama Allah, menggalakan lahir golongan zindiq dan mulhid, serta percubaan menyesatkan umat Islam daripada jalan sunnah Nabi mereka".

Ahli Sunnah Wal Jama'ah Di Kaca Mata Syiah.

Perkara yang mungkin ramai golongan Ahli Sunnah tidak ketahui bahawa mereka (Ahli Sunnah) bukanlah Mukmin pada pandangan Syiah. Malah bagi Syiah, golongan Ahli Sunnah dianggap lebih jahat daripada golongan Yahudi dan Nasrani. Orang-orang Ahli Sunnah juga dianggap najis serta halal darah dan harta benda mereka. Perhatikan kata-kata Yusuf al-Bahrani, seorang ulama' Syiah dalam kitabnya, "Yang dikatakan Mukmin itu ialah orang Islam yang beriman dengan Imam-Imam Dua Belas". Dia mengulas lagi, "Dan pendapat yang terkemuka daripada ulama' Syiah terdahulu adalah menghukum Ahli Sunnah sebagai kafir dan najis. Ini adalah pendapat yang diperkuatkan dengan dalil-dalil seperti yang diriwayatkan oleh ahli-ahli hadis daripada kalangan Imamiyah".

Seorang lagi ulama' Syiah, Muhamad Hasan al-Najafi, menyatakan dalam sebuah kitabnya, "Punca pendapat ini dikeluarkan oleh ulama' yang memperkatakannya adalah disebabkan nas-nas yang banyak hingga ke peringkat mutawattir menyatakan bahawa mereka yang menyalahi kepercayaan Syiah adalah kafir dan mereka adalah majusi umat ini. Nasib mereka adalah lebih buruk daripada Yahudi dan Nasrani".

Yusuf al-Bahrani dalam kiabnya juga menyatakan, "Pendapat yang disebutkan itu adalah yang benar lagi nyata, malah diterangkan hadis-hadis yang banyak menunjukkan orang yang menyalahi akidah Syiah adalah kafir, memusuhi Ahli Bait, syirik serta halal harta dan darahnya".

Daripada fakta-fakta yang dibentangkan di atas, maka apa yang telah dilakukan oleh Shah Ismail Safawi  terhadap pengikut Ahli Sunnah di Iran dan Iraq dan apa yang sedang berlaku di Iraq mutakhir ini bukanlah perkara yang luar biasa jika dilihat dari sudut akidah Syiah. Sejak Syiah berjaya menubuhkan negara Iran, Malaysia tidak terkecuali daripada terkena tempias apa yang mereka namakan sebagai "mengeksport revolusi" yang membawa maksud menyebarkan fahaman Syiah di negara-negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada pengikut Ahli Sunnah.

Bagi menghadapi gelombang "pensyiahan" ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diadakan pada 24-25 September 1984 memperakukan bahawa "Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah wal Jama'ah adalah dilarang".

Naqal dari majalah Q&A, isu no. 4, m/s 7-8,  oleh Datuk Hj Wan Zahidi Wan Teh, cetakan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Nota : Aku cumalah menyampaikan sahaja dan barangsiapa tiada merasakan diriku tiada sealiran denganmu maka tinggalkanlah tempat ini serta usah menghidupkan provokasi yang tidak membawa apa-apa kebaikan pun dengan membibitkan komen-komen atau kritikan yang tidak berilmiah lagi membina.